h1

Doktrin ISLAM

Mei 3, 2008

Dua kelompok terbesar dalam Islam adalah Sunni dan Syi’ah. Kelompok Islam Sunni adalah kelompok yang memiliki persentase pengikut terbesar di dunia. Negara dengan mayoritas pemeluk Islam Sunni adalah Indonesia, Arab Saudi, dan Pakistan sedangkan negara dengan mayoritas Islam Syi’ah adalah Iran dan Irak. Doktrin antara Sunni dan Syi’ah berbeda pada masalah imamah (kepemimpinan) dan peletakan Ahlul Bait (keluarga keturunan Rasulullah SAW). Namun secara umum, baik Sunni maupun Syi’ah percaya pada rukun Islam dan rukun iman walaupun dengan terminologi yang berbeda.

Baca entri selengkapnya »

h1

Sesama Rabbi Yahudi, Berdebat Seru tentang Nabi

Mei 3, 2008

Baru kali ini saya menyaksikan, dua orang Rabbi Yahudi, satu dari Israel, satunya lagi dari Denmark, berdebat seru dan ngotot tentang Nabi kita tercinta Shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Rabbi Israel mengerahkan ayat-ayat dalam kitab yang diyakininya sebagai Taurat, dan menyimpulkan bahwa kitab agama Yahudi itu tidak mengakui kenabian Muhammad SAW, sehingga kebenaran agamanya juga ditolak. Sedangkan yang dari Denmark juga menggunakan kitab yang sama, ngotot habis-habisan menyatakan bahwa Muhammad SAW adalah seorang nabi utusan Tuhan. Subhanallaah.
Baca entri selengkapnya »

h1

Keagungan Rasulullah SAW

Mei 3, 2008

Mustahil bagi siapapun yang mempelajari kehidupan dan karakter Muhammad SAW hanya mempunyai perasaan hormat saja terhadap Nabi mulia itu. Ia akan melampauinya sehingga meyakini bahwa beliau adalah nabi terbesar yang diturunkan sang Pencipta.” (Annie Besant).

Manusia adalah makhluk “terunik” yang diturunkan Allah ke muka bumi. Dibandingkan dengan hewan, tumbuhan, jin, bahkan malaikat, manusia adalah ciptaan Allah yang paling dinamis (QS Al-Insaan [76]: 3), paling sempurna (QS At-Tiin [95]: 4) dan tentunya paling pintar (QS Al-Baqarah [2]: 31). Manusia adalah master of piece Allah SWT. Tak heran bila tugas kekhalifahan tidak Allah SWT berikan kepada makhluk lain selain manusia (QS Al-Baqarah [2]: 30). Baca entri selengkapnya »

h1

MAKNA DARUL ISLAM (NEGARA ISLAM). Negara Islam, Sebuah Tujuan?

Mei 3, 2008

Dalam memahami makna Darul Islam (negara Islam) terjadi perselisihan di kalangan kelompok-kelompok yang ada sekarang. Maka kita memandang perlu kiranya kita membawakan makna negara Islam yang benar dalam kesempatan ini.

“Para ahli fiqih berselisih dalam kaitan hukum terhadap negara Islam yang mungkin dibawakan secara umum menjadi dua pendapat:

Pendapat pertama: Patokan untuk menghukum sebuah negara adalah dengan realitas hukum yang berlaku di negeri itu.

Pendapat kedua: Patokan hukum terhadap sebuah negara adalah dipandang dari sisi keamanan.

Baca entri selengkapnya »

h1

Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith

April 3, 2008

Oleh :
Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin
(Penyelaras Sekreteriat Falsafah Dan Sains Islam, USM/ Pensyarah Bah. Peng. Islam PPIK, USM)
Abstak:
Ilmu Sabab Wurud al-Hadith adalah satu cabang ilmu yang penting dalam memahami matan hadith. Artikel ini membahaskan bagaimana ijtihad yang biasanya dibahaskan dalam ilmu usul al-Fiqh berperanan dalam meletakkan Sabab al-Wurud bagi hadith-hadith yang tidak dinaskan sebabnya. Dalam ilmu Sabab al-Wurud ijtihad memiliki makna dan keperluan yang lebih luas, sama ada berkaitan dengan hukum fiqh atau tidak. Namun artikel ini hanya akan menyebut keperluan fiqh dalam berijtihad menyingkap Sabab al-Wurud. Ini bagi menyingkap hukum dari nas-nas hadith yang kadang kala gagal difahami dengan betul tanpa memahami Sabab al-Wurud. Justeru kerana sesetengah Sabab al-Wurud sangat berkait dengan maksud hadith. Kegagalan memahaminya membawa kegagalan memahami hadith. Jika hadith itu mengandungi hukum fiqh, maka akan membawa kepada kesalahan memahami nas fiqhi yang ada di dalamnya. Maka peranan ijtihad ini dinyatakan dalam artikel ini.

Takrif al-Hadith Dari Segi Istilah
Sebelum kita melangkah lebih jauh, patut diingatkan bahawa perkataan hadith di sisi ulama hadith bermaksud: “Apa yang disandarkan kepada RasululLah s.a.w, sama ada perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan, atau sifat tubuh, atau sifat akhlak, samada sebelum diutuskan, atau selepas diutuskan”. (Muhammad Abu Laith 2003: 21). Walaupun ia sesuatu yang diketahui, namun mengingatinya membantu kita lebih memahami perkataan Sabab al-Wurud yang banyak disebut selepas ini yang merupakan singkatan kepada Sabab Wurud al-Hadith.


Takrif Sabab Wurud al-Hadith
Setelah meneliti dan menilai pentakrifan Sabab al-Wurud yang pernah dibuat oleh para ulama atau apa yang hampir mendekati takrif yang pernah mereka sebutkan, terutamanya maksud Sabab al-Wurud yang dinyatakan oleh al-Bulqini, al-Sayuti dan Ibn Hamzah al-Husaini, maka saya menyimpulkan satu takrif yang lebih merangkumi dan padat (lihat: Mohd Asri Zainul Abidin 2003:). Takrif yang saya simpulkan ialah:
ما دعا الحديثَ إلى وجوده، أيام صدوره
(Apa yang membawa kepada kewujudan hadith pada hari-hari kemunculannya)
Maksudnya faktor yang menyebabkan sesebuah hadith itu terbit daripada Nabi s.a.w. Iaitu faktor-faktor yang menyebabkan baginda mengucapkan sesuatu ucapan, atau melakukan sesuatu perbuatan, atau mengakui sesuatu tindakan. Faktor-faktor itu saya simpul kepada empat:
i. Faktor diri RasululLah s.a.w. secara khusus. Kadang kala ternyata faktor ini memberi kesan kepada inti kandungan dan bentuk hadith. Ini seperti baginda berbekam kerana sakit kepala, menggunakan tongkat dalam solat kerana keuzuran dan lain-lain. Ini saya namakan Al-Bu’d al-Mukhatibi fi Sabab al-Wurud البعد لمخاطبي في سبب الورود. (lihat: Mohd Asri Zainul Abidin 2003: 85-87)
ii. Faktor diri yang tujukan kepadanya hadith. Ia juga boleh mempengaruhi gaya pembentukan hadith. Ini seperti diri penyoal dan latarbelakangnya. Ia membabitkan diri yang ditujukan ucapan, merangkumi tahap iman, akhlak, kefahaman, kadar kemampuan dan lain-lain. Saya namakan Al-Bu’d al-Mukhatabi fi Sabab al-Wurud البعد المخاطَبي في سبب الورود . (lihat: ibid: 88-93)
iii. Faktor zaman atau masa sesuatu hadith itu terbit. Masa dan zaman ternyata kadang-kala mempengaruhi hadith. Ia mempengaruhi lafaz dan tindakan agar bersesuaian dengan keadaan dan masa. Ini dinamakan al-Bu’d al-Zamani fi Sabab al-Wurud البعد الزماني في سبب ورود الحديث. (lihat: ibid: 94)
iv. Faktor tempat yang hadith itu terbit. Ia kadang-kala mempengaruhi inti kandungan dan pendekatan hadith. Ini seperti keadaan Madinah dan persekitaran sesuatu hadith itu terbit. Ini dinamakan al-Bu’d al-Makani fi Sabab al-Wurud[i] . (lihat: ibid: 99-102).
Jadi, memahami sebab-sebab langsung atau tidak langsung yang menyebabkan terbitnya sesebuah hadith adalah sangat mustahak. Tujuannya bagi mengelakkan kita meletakkan hadith tidak kena pada tempatnya. Ini kerana kadang-kala sebab sesuatu hadith sangat mempengaruhi maksud hadith. Tidak memahami sebab atau kesalahan memahami sebab boleh membawa kepada kesalahan faham kepada maksud hadith. Sebagai contoh hadith:
(maksudnya) : Daripada Ibn ‘Abbas r.ahuma, katanya: sabda RasululLah s.a.w: “Tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, sebaliknya jihad dan niat. Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluarlah”. (Riwayat al-Bukhari 1986M: 3/1025)
Ada yang tersalah memahami hadith ini menyangka bahawa selepas pembukaan kota Mekah, perintah hijrah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain telah dibatalkan sama sekali. Maka menurut mereka, pada zaman sekarang tiada lagi tuntutan hijrah, sebaliknya yang tinggal ialah jihad dan niat.
Hadith ini sebenarnya ada [i]sabab wurudnya yang dipengaruhi oleh mereka yang ditujukan ucapan, tempat dan masa ia terbit. Ini dapat dilihat pada apa yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas juga, kata beliau:
“Sabda Nabi pada hari pembukaan (penawanan) Mekah: Tiada hijrah selepas Pembukaan Mekah, jihad dan niat. Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluarlah”. (al-Bukhari 1986M: 3/1039)
Jadi hadith ini berkaitan dengan Pembukaan Mekah, maka sebab baginda mengucapkan demikian kerana Mekah telah bertukar dari tanahair kufur kepada tanahair Islam. Maka tidak perlu lagi orang Mekah berhijrah ke Madinah seperti yang menjadi tuntutan sebelum itu. Bukan maksudnya hijrah dibatalkan untuk semua manusia. Sebaliknya hanya untuk sesiapa yang tanahairnya telah menjadi tanahair Islam seperti penduduk Mekah. Adapun bagi mereka tanahairnya adalah tanahair kufur, agamanya pula ditindas, maka perintah hijrah tetap terkena padanya. Justeru itu ‘Aisyah r.aha apabila ditanya mengenai hijrah, beliau menyatakan:
(maksudnya) “Tiada hijrah pada hari ini. Dahulunya seseorang mukmin melarikan diri membawa agamanya kepada Allah dan RasululLah s.a.w., kerana takut dia difitnah (diganggu agamanya). Adapun hari ini, Allah telah memenangkan Islam. Hari ini seseorang mukmin menyembah tuhannya di mana sahaja yang dia mahu. Namun yang ada ialah jihad dan niat”. (Riwayat al-Bukhari 1986M: 4/1567)
Ertinya ucapan Nabi s.a.w itu adalah atas dasar kemenangan Islam di Mekah. Bagi negeri yang kaum muslimin ditindas agamanya, maka hadith tersebut tidak ditujukan kepada mereka. Hadith ini tidak maksudkan perintah hijrah sudah ditamatkan dengan Pembukaan Mekah seperti yang difahami oleh mereka yang tidak mempelajari ilmu ini. Kata al-Imam al-Nawawi (w. 676H): “Kata para ulama: Hijrah daripada Dar al-Harb kepada Dar al-Islam kekal sehingga hari kiamat. Bagi hadith ini dua takwilan; pertama: Tiada hijrah daripada Mekah selepas pembukaannya, kerana Mekah telah menjadi Dar al-Islam. Adapun hijrah hanya daripada Dar al-Harb. Hadith ini mengandungi mukjizat RasululLah s.a.w bahawa Mekah akan kekal sebagai Dar al-Islam, yang tidak terbayang untuk berhijrah daripadanya. Kedua: maksudnya tiada hijrah selepas Pembukaan Mekah yang kelebihannya seperti kelebihan sebelum pembukaannya” (al-Nawawi 1414H :3/481-482)
Kata al-Munawi ( w. 1031) mengulas hadith ini: “Tiada hijrah wajib daripada Mekah ke Madinah selepas Pembukaan Mekah, seperti kewajipan sebelumnya. Ini kerana Mekah telah menjadi Dar al-Islam… maka maksud tiada hijrah selepas Pembukaan Mekah ialah untuk orang Mekah yang belum berhijrah sebelum itu. Adapun hijrah daripada negeri kufur ia kekal sehingga kiamat”.(Al-Munawi 1357H :6/43 8)
Takrif al-Ijtihad
Dari segi istilahبذل المجتهد وسعه في طلب العلم بالأحكام الشرعية بطريق الاستنباط (Mujtahid mencurahkan segala kemampuan dalam mendapatkan pengetahuan mengenai hukum-hukum syarak dengan cara istinbat) (Zaidan 1990M: 410)
Adapun ijtihad dalam menentukan Sabab al-Wurud adalah lebih luas daripada ijtihad yang difahami dalam Usul al-Fiqh yang sekadar untuk tertumpu dalam mengenai hukum-hakam amali. Ijtihad dalam Sabab al-Wurud bertujuan melihat Sabab al-Wurud yang tidak disebut dalam nas nabawi atau sahabi sedangkan keperluan mengetahuinya mendesak. Tujuannya luas, sebahagiannya untuk mengetahui hukum-hakam fiqh.yang terkandung dalam nas-nas hadith.
Baca entri selengkapnya »

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.