h1

Ketuhanan

4 komentar

  1. Nabi dah bagi pengajaran bagaimana nak berdakwah. Tapi cara sendiri yang dipilih..???? 13 tahun nabi membentuk akhidah yang jitu di Mekah. Aqidah lah yang pertama-tama sekali diajar ditengah2 kaum Jahiliah yang penuh dengan cabaran. Pada umur Baginda 40 tahun diangkat menjadi Rasul hanya 6 ayat diturun 2.5 tahun kemudian lagi 7 ayat pula turun… Dengan 13 ayat itu Kaum mukminin mampu di tarbiah dalam kedaan “dagang” sebelum turun perintah ayat berikutnya meminta islam didakwah secara terbuka. Apakah Dalil hadis dan Al-Quran yang dipakai oleh Baginda ketika itu sehingga membuatkan aqidah mukminin ketika itu sangat utuh. Kita sekarang dengan 30 juzuk Al-Quran dan Hadis wasiat Baginda tidak mampu berdakwah dalam membentuk aqidah… Jadi fikirkanlah apakah kaedahnya menurut nabi…????

    Dalam 3 ilmu Fardhu Ain Islam. 1) Tauhid 2) Fekah 3) Akhlak . Nampaknya Tauhidlah yang paling ditinggalkan dimerata-rata majlis ilmu tak kira disurau ataupun masjid. Dimalaysia ini nampaknya kesan penjajahan dan kejatuhan empayar Othmaniah cukup memberi kesan yang hampir menyeluruh terhadap ilmu Tauhid, seluruh dunia islam juga tidak terkecuali. Nampaknya barang siapa yang bercita2 nak cari kerja atau tauliah dalam mempelajari ilmu islam mereka berjaya mendapatkannya, tetapi hanya sekadar kerja. Ingin saya kongsikan disini dengan para sekelian untaz2 yang bertauliah kerana niat tauliah anda menyukarkan anda memperolehi kebenaran Islam itu sendiri. Selepas era penjajahan keatas Islam dan semua negara2 Islam telah dimerdekakan dengan syarat menerima sistem Jus(Jews) Soli. Jadi semua sistem pemerintahan termasuk pendidikan Islam juga tidak dapat lari dikekang oleh sistem itu. Jadi jika Tauliah yang dikejar maka dapatlah tauliah tetapi jika kebenaran yang dikejar maka Allah sangat pengasih dan pemurah. Benarlah pesan nabi dimana Islam telah kembali “dagang”. Ketahuilah wahai sekelian umat Islam dimana sekiranya Islam tanpa Tauhid yang benar maka umpama imannya orang2 munafik. Inilah peringatan yang sangat berat diterima.. Tetapi inilah reality…


  2. Akhidah Islam adalah sesuatu yang paling logik dan bukan magik(sihir). Ditengah-tengah zaman Jahiliyah akal masih dapat membezakan yang benar dan yang batil tanpa nas Al-Quran dan Al-Hadith yang lengkap pada awal Islam bermula dizaman Rasullulah.

    Rasullulah menghadapi 2 jenis golongan dizaman itu :
    1) Golongan percaya Tuhan
    2) Golongan “Free Thinkers” @ tak percaya adanya Tuhan
    2 golongan ini masih ada hingga sekarang

    Apakah Hujah yang digunakan Nabi ketika itu dalam menyampai Tauhidullah?..

    Al-Quran dan Al-Hadith turun hanyalah keterangan yang membenarkan Tauhidullah yang dibawa oleh Rasullulah. Itulah setiap kali turunnya Wahyu maka bertambahlah imannya para sahabat.

    Dihari ini para Da’i yang mendakwah Islam mestilah muhasabah kerana terlalu jarangnya yang membawa jalan dakwah Rasullulah ini… Kalau merujuk kepada keadaan di Malaysia ianya hampir tiada…

    Wahai para Da’i tanyalah diri anda apakah anda 1 dari 73 golongan yang berbeza akhidahnya..kerana hanya yang 1 itu benar…Buktikan…

    Selagi manusia itu tiada tahu akan berhala maka apakah mungkin ia tidak menyembah berhala.. atau selagi ia tiada tahu apakah itu Esa/tauhid maka selagi itu ia menyembah berhala… maka neraka “Wail” lah untuk orang2 yang solat…


  3. Muslim meriwayatkan dari Tsaubah bahwa Rasulullah bersabda,

    Sesungguhnya Allah telah membentangkan bumi kepadaku sehingga aku dapat melihat belahan timur dan belahan baratnya. Dan sesungguhnya umatku kekuasaannya akan mencapai belahan bumi yang telah dibentangkan kepadaku itu. Dan aku diberi perbendaharaan simpanan: Merah dan Putih (Imperium Persia dan Romawi).

    Aku meminta kepada Tuhanku untuk umatku agar mereka jangan dibinasakan dengan paceklik yang berkepanjangan, dan jangan dikuasakan kepada musuh selain dari kaum mereka sendiri sehingga musuh itu nantinya akan merampas seluruh negeri mereka. Lalu
    Tuhanku berfirman,
    Hai Muhammad! Bila Aku telah menetapkan sesuatu,
    maka ketetapan itu tidak akan diubah lagi; dan sesungguhnya Aku telah memberikan kepadamu mereka dengan paceklik yang berkepanjangan; dan tidak akan
    menjadikan seorang musuh berkuasa atas mereka dari kaum mereka sendiri, maka nantinya musuh itu tidak akan dapat merampas seluruh negeri mereka sekalipun manusia yang ada di seluruh belahan bumi berkumpul menghadapi mereka, sampai (umatmu itu sendiri) sebagian mereka menghancurkan sebagian yang lain dan sebagian mereka menawan sebagian yang lain.

    Hadits ini diriwayatkan pula oleh Al-Barqani dalam Shahihnya dengan
    tambahan,

    Dan yang aku khawatirkan terhadap umatku tiada lain adalah para pemimpin yang menyesatkan; dan apabila pertumpahan darah telah menimpa umatku maka tidak akan berakhir sampai hari Kiamat.
    Kiamat tidak akan terjadi sebelum ada suatu kaum dari umatku mengikuti orang-orang musyrik dan beberapa kelompok dari umatku menyembah berhala.
    Dan sesungguhnya akan ada di antara umatku tiga puluh pendusta yang semuanya mengaku sebagai nabi, padahal aku adalah penutup para nabi, tidak ada lagi sesudahku; (sungguh pun demikian)
    akan tetap ada dari umatku segolongan yang tegas membela Al-Haq dan mendapat pertolongan (dari Allah), mereka tidak tergoyahkan oleh orang-orang yang yang menghinakan mereka sampai datang keputusan Allah Tabaraka wa Ta’ala.

    Hadith diatas membuktikan dimana kita sedang berada dizaman yang dimaksudkan oleh Nabi.. Renungkanlah..
    untuk membela mesti tahu akan apa yang hendak dibela… fikir-fikirkanlah.. Tiada guna solat walau sampai bongkok, atau berpuasa hingga kurus seperti tali “senar” sikiranya kamu tiada tahu membeza yang Haq dan yang bathil..


  4. 73 golongan hanya 1 yang benar. Bayangkanlah 73 golongan ini adalah berbeza dari segi Tauhid/aqidah. Ianya kefahaman dari segi ketuhanan. Inilah pokok cabang kepada 73 golongan. Pahaman ini telah parah dan tenat sekali kesannya setelah era penjajahan dengan jatuhnya empayar Islam terakhir Othmaniah. Ianya diburukkan lagi setelah semua negara2 Islam mempunyai pembelotnyanya yang tersendiri untuk mencapai kemerdekaan dengan menerima syarat wajid sistem Jews Soli(Jus Soli) sebagai syarat wajib untuk merdeka. Maka kini semua kerajaan negara2 orang Islam kecuali Iran disongsangkan oleh sistem licik ini dengan pembelot sendiri yang menjadi bonekanya. Akibat paling besar adalah akhidah/Tauhid umat islam kebanyakannya sudah terlalu jauh dari asalnya.

    Gempa bumi?, Tsunami?…melanda sekitar kawasan orang2 yang mengaku Islam..Muhasabahlah….Firman : Tidak Aku jadikan Jin dan manusia hanya untuk mengabdikan diri kepada Ku. Ku disini adalah Tuhan maka biarlah ia nya tepat supaya ianya tiada syirik. Abdikan diri disini bersifat syumul atau mutlak supaya tiada syirik didalamnya. Maka sekira kefahaman Tuhan itu tepat dan tiada syirik maka ianya akan bersifat syumul atau mutlak. Jadi disinilah kuncinya.

    Firman : Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.

    Nikmat ini juga bersifat syumul dan mutlak. Bukan wang atau duit saja yang nampak sebagai nikmat maka gempa bumi juga adalah nikmat semoga ada golongan yang mahu mengambil ikhtibar dan muhasabah diri. 24 jam sehari semuanya nikmat Allah. Tiada satu pun bukan nikmat.

    Firman surah Yunus ayat 100: Aku menimpakan kemurkaanKu keatas orang yang tidak menggunakan akalnya.

    Fikir2 kan lah…



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: